Wednesday, 13 February 2013

Bagaimana hendak CEMERLANG?

Assalamualaikum semua,

Adakah anda masih ingat akan Nik Nur Madhihah? Pelajar cemerlang tahun 2008.


ANAK NELAYAN DAPAT 20A

Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar SMK Agama (Arab) Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mencatat sejarah apabila mendapat 20A dalam peperiksaan SPM 2008. Berikut ialah petikan beberapa kata-kata dan petua resipi yang diamalkan oleh beliau :

1.0 “Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan”

2.0 “Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dann sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa..”

3.0 “Saya mengulangkaji awal pagi pada setiap hari selepas solat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan saya sejak di sekolah rendah lagi.”

4.0 “Untuk berjaya, yang paling penting adalah usaha memajukan diri, sokongan ibu bapa, guru dan berdoa selepas melakukan segala usaha terbaik.”


Cikgu sengaja mengimbas kembali akan kisah Nik Nur Madihah ini. Mari kita kaji sedikit apakah yang dikatakan oleh Nik Nur Madhihah.

1.0 Nik Nur Madihah berjaya kerana beliau mendapat sokonga dan dorongan yang padu daripada keluarganya untuk beliau berjaya. Pernahkah pelajar sekarang terfikir sejenak di lubuk kalbu, apakah pengorbanan yang dilakukan oleh ayandnda dan bonda yang tercinta? Pelajar selalu mengeluh mengatakan penat di sekolah pun tak habis lagi kemudian hendak pula sambung tuisyen dan kelas tambahan. Tetapi bagaimana pula dengan penat ayah bonda membesar dan mendidik kita? Penat ayah atau bonda menghantar ke sekolah, menghantar ke pusat tuisyen walaupun baru balik dari kerja, adakah tidak dikira? Justeru, jangan bagi banyak alasan dan mengeluh semata-mata. Bersyukurlah kerana pelajar semua mendapat sokongan padu dari ayahnda dan bonda agar anda semua berjaya.

2.0 Tumpuan di dalam kelas adalah kunci utama untuk memahami segala topik yang di ajar oleh guru. Guru akan memberi perhatian kepada pelajar asalkan pelajar juga memberi perhatian kepada para guru apabila guru mengajar. Selalu bertanya dan aktif di dalam kelas amat perlu agar pelajar lebih memahami sesuatu topik yang di ajar. Setelah memahami, pulang ke rumah dah teruskan dengan mengulangkaji pelajaran pada hari tersebut. Lakukan nota ringkas, peta minda, flash cards atau kaedah pembelajaran berkesan yang lain.  Ini adalah perlu agar kita lebih memahami dan terus ingat akan topik yang di ajar.

3.0 Mengulangkaji pada waktu awal pagi adalah cara terbaik untuk mengingat sesuatu fakta atau formula. Pada waktu pagi, otak kita adalah segar dan mudah meresap setiap fakta atau formula yang kita baca. Dengan membaca al-quran pula jiwa kita akan lebih tenang. Selain itu, ingatakan kita juga akan lebih suci dan mudah mengingat apabila melakukan ulangkaji pelajaran.

4.0 Berdoa pula adalah kunci RAHSIA setelah segala usaha diberikan. BERDOA merupakan senjata untuk setiap mukmin. Doa + usaha + iltizam + tawakkal = in shaa Allah akan berjaya. Sebelum pergi ke sekolah minta restu dari ibu bapa dan minta ibu bapa doakan kita setiap hari agar kita berjaya.

Melihat kepada petikan di atas , Cikgu yakin ramai pelajar yang ingin menjadi seperti Nik Nur Madihah. Tetapi ingatlah , kejayaan tidak datang bergolek. Perlu disertakan dengan usaha yang konsisten dan berterusan.

Selamat beramal. Sama-sama kita doakan agar Nik Nur Madihah terus cemerlang di dunia dan di akhirat.


7 comments:

  1. Bagusnya dia ni kan. Bertuah ibu bapa dia :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg bagus. sama2 lah kita mencontohinya.

    ReplyDelete
  3. Semoga semua pelajar akan mencontohi beliau...

    ReplyDelete
  4. Nice sharing Cikgu Fizi :-)

    P/S: Wilma dah like FB Page & jadi follower #161 Cikgu Fizi ya...

    ReplyDelete
  5. tqvm wilma...sama-sama kita belajar..jikalau ada ilmu yang nak dikongsikan silalah ye..

    ReplyDelete
  6. sejuk perut ibunya mengandung....

    ReplyDelete